kemas matu
Jumaat, 19 Jun 2015
Jumaat, 12 Jun 2015
Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia Peringkat Bahagian dan Negeri Tahun 2015
Pertandingan ADS1M adalah gabungan daripada 2 pertandingan iaitu Anugerah Desa Cemerlang dan Anugerah Desa Sejahtera . ADC telah diwujudkan sejak 1987 manakalan ADS pula telah dimulakan sejak tahun 2012. Pertandingan ADS1M dijadikan sebagai acara tahunan mulai 2014 dengan kerjasama Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) . Pada tahun 2014,sebanyak Rm3,050,000 telah disalurkan kepada KEMAS selaku urus setia penghakiman dan majlis penyampaian hadiah peringkat negeri .
Kampung-kampung yang berminat untuk memasuki pertandingan ini boleh menghantar penyertaan kepada pihak pejabat daerah dan pejabat KEMAS berhampiran.

Khamis, 11 Jun 2015
Program Lawatan Integrasi Kampung Mentor Menti Kampung Sekerang,Igan 2015
Program Lawatan Integrasi Kampung Mentor Mentee Tahun 2015
Kampung Sekerang,Igan -
Program Lawatan Integrasi Kampung Mentor Menti akan diadakan di Kampung Sekerang Igan pada
Tarikh : 13.Jun.2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 Petang
Tempat : Perkarangan,pusat sumber JKKK Kampung Sekerang,Igan
Program ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian maklumat untuk melahirkan institusi kepimpinan yang amanah,berdikari dan cekap. Serta,meningkatkan keupayaan JKKK/JKKP untuk melahirkan kampung yang terurus,membangun dan sejahtera.
Kampung Mentor terdiri daripada kampung yang mendapat 3 tempat teratas di dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M) peringkat negeri dalam kategori kampung tradisional dan johan bagi kategori rumah panjang tradisional. Pemilihan kampung menti dibuat oleh penggerak GDW KEMAS melalui pandangan serta nasihat daripada pejabat daerah Matu. Pada tahun ini,Kampung Sekerang Igan telah dipilih menjadi Kampung Mentor bagi 5 buah Kampung Menti iaitu :
1.Kampung Pulau,Igan
2.Kampung Pergau,Matu
3.Kampung Sekaan Kecil,Matu
4.Kampung Saei,Daro
5.Kampung Tebaang,Daro
Kampung yang dipilih adalah terdiri daripada kampung GDW dan mereka akan dibimbing oleh kampung mentor dari segi nasihat,idea,kesedaran,motivasi dan bimbingan kepada kampung menti. Pada 13.Jun.2015,Kampung Sekerang Igan akan mengadakan Program Lawatan Integrasi Kampung Mentor Menti dan sambutan ini adalah yang pertama bagi Daerah Matu dan Daro. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah :
1.Perasmian oleh YB En Abu Seman Bin Jahwie,ADUN N.38 Jemoreng merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak
2.Penyampaian sijil ADS1M peringkat negeri dan bahagian oleh YB En.Abu Seman Bin Jahwi
3.Sesi bergambar beramai-ramai
4.Taklimat Kampung Mentor Menti dan Tips kepada JKKK yang disampaikan oleh En.Abduraya Bin Abdul Ghafor,Pegawai KEMAS Daerah Samarahan
5.Taklimat ringkas perkongsian idea dan pengalaman oleh wakil JKKK Kampung Sekerang Igan
Lawatan ke tapak projek di Pusat pemprosesan Hasil Laut Puan Rokiah Binti Sudin
JKKK yang akan dibimbing dari segi 5 kpi iaitu :
1.Buku profail
2.Pelan strategik desa
3.mesyuarat bulanan
4.aktiviti biro
5.pendaftaran pemilih
Lawatan ini akan disusuli oleh perundingan turun padang oleh Kampung Mentor selepas program lawatan integrasi ini.

Langgan:
Ulasan (Atom)